soalan lazim
hubungi kami
aduan dan maklum balas
peta laman
Bengkel Kajian Keperluan SISPAA 2.0 Bersama Unit Aduan 2 BPA

Bengkel Kajian Keperluan SISPAA 2.0 Bersama Unit Aduan 2 BPA

23 - 24 Februari 2022

Bengkel kajian keperluan pengguna ini merupakan sebahagian daripada proses Fasa Kajian Keperluan Pengguna, Analisa dan Rekabentuk SISPAA 2.0.

Tujuan bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai keperluan pengguna SISPAA 2.0 yang melibatkan kementerian-kementerian berikut;

  • Kementerian Dalam Negeri
  • Kementerian Pertahanan
  • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Kementerian Pengajian Tinggi; dan
  • Agensi-agensi bawah kementerian di atas

Peserta dalam bengkel ini terdiri daripada wakil-wakil yang telah dihantar oleh pihak  Kementerian/Jabatan/ Agensi. Dapatan dan informasi daripada bengkel ini telah digunakan untuk menyediakan dokumen BRS dan SRS SISPAA 2.0. Selain daripada itu, bengkel ini juga medium untuk mendapatkan maklum balas berhubung penggunaan SISPAA 1.0 seperti kaedah pelaksanaan di peringkat Kementerian/Agensi/Jabatan.

Bengkel ini telah diadakan pada 21hb Februari sehingga 6hb April 2022. Biro Pengaduan Awam mengucapkan terima kasih dan perhargaan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat atas sumbangan idea serta input kepada kajian keperluan SISPAA 2.0.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Biro Pengaduan Awam tidak bertanggungjawab diatas segala kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Paparan optimum menggunakan Internet Explorer 9+, Firefox 20+ atau Chrome 24+ dengan resolusi minimum 1280x800
Pautan Luar
Capaian
Jumlah Pelawat

Daily 42

Yesterday 45

Weekly 384

Monthly 1188

Total 12559

Kubik-Rubik Joomla! Extensions

Harian

Semalam

Mingguan
 
Bulanan

Keseluruhan