
Workshop 2 - 23-24 Feb 2022
Bengkel Kajian Keperluan SISPAA 2.0 anjuran Biro Pengaduan Awam
Bengkel kajian keperluan pengguna ini merupakan sebahagian daripada proses Fasa Kajian Keperluan Pengguna, Analisa dan Rekabentuk SISPAA 2.0.
Tujuan bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai keperluan pengguna SISPAA 2.0 yang melibatkan kementerian-kementerian berikut;
- Kementerian Dalam Negeri
- Kementerian Pertahanan
- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Kementerian Pengajian Tinggi; dan
- Agensi-agensi bawah kementerian di atas
Peserta dalam bengkel ini terdiri daripada wakil-wakil yang telah dihantar oleh pihak Kementerian/Jabatan/ Agensi. Dapatan dan informasi daripada bengkel ini telah digunakan untuk menyediakan dokumen BRS dan SRS SISPAA 2.0. Selain daripada itu, bengkel ini juga medium untuk mendapatkan maklum balas berhubung penggunaan SISPAA 1.0 seperti kaedah pelaksanaan di peringkat Kementerian/Agensi/Jabatan.
Bengkel ini telah diadakan pada 21hb Februari sehingga 6hb April 2022. Biro Pengaduan Awam mengucapkan terima kasih dan perhargaan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi yang terlibat atas sumbangan idea serta input kepada kajian keperluan SISPAA 2.0.