6. Kementerian/Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) yang telah mengadakan mesyuarat berkaitan aduan yang dipengerusikan oleh Timbalan KSU/SUK pada masa ini, perlukah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan Kementerian (JKTPAK)/Jawatankuasa Tetap Pengurusan Aduan Kerajaan Negeri (JKTPAN)?
Jawapan:
Kementerian/Pejabat SUK boleh meneruskan dengan mesyuarat sedia ada dengan pindaan nama mesyuarat kepada Mesyuarat JKTPAK/JKTPAN dan memastikan mesyuarat yang diadakan selari dengan Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2022.
7. Adakah Jawatankuasa Pengurusan Aduan Agensi (JKPAA) mempunyai fungsi seperti JKTPAK/JKTPAN?
Jawapan:
Tidak. JKPAA berperanan menyelesai dan memantau pengurusan aduan di jabatan/agensi serta mengemukakan isu-isu aduan yang memerlukan keputusan JKTPAK/JKTPAN. Manakala peranan JKTPAK/JKTPAN adalah untuk mendengar, menilai dan memperakukan keputusan dasar berhubung isu-isu aduan yang dikemukakan.
8. Adakah keanggotaan ahli mesyuarat JKPAA turut melibatkan pegawai daripada BPA?
Jawapan:
Tidak. Kuorum keanggotaan ahli mesyuarat JKPAA tidak melibatkan pegawai daripada BPA. Walau bagaimanapun kehadiran pegawai BPA ke JKPAA adalah mengikut keperluan jabatan/agensi.
9. Berapakah bilangan kekerapan mesyuarat JKPAA perlu diadakan?
Jawapan:
Bilangan kekerapan mesyuarat JKPAA adalah sekurang-kurangnya dua kali setahun. Walau bagaimanapun agensi disyorkan untuk mengadakan mesyuarat dua (2) bulan sekali atau mengikut keperluan jabatan/agensi masing-masing bagi memastikan aduan dapat diselesaikan dengan segera.
10. Bilakah kiraan 15 hari bekerja untuk tempoh penyelesaian aduan bagi kategori biasa bermula?
Jawapan:
Kiraan 15 hari bekerja untuk tempoh penyelesaian aduan bagi kategori biasa bermula apabila semua maklumat aduan diterima dengan lengkap dan sempurna.
11. Adakah agensi yang mempunyai sistem aduan sedia ada selain SISPAA perlu melakukan integrasi sistem dengan SISPAA?
Jawapan:
Ya. Agensi hendaklah melaksanakan integrasi sistem aduan kementerian/jabatan/agensi dengan SISPAA sebagai sistem utama pengurusan aduan awam.
12. Apakah contoh pengawalan kendiri pengurusan aduan secara berkala yang diamalkan oleh BPA?
Jawapan:
Antara contoh tindakan mekanisme kawalan dalaman dan pemantauan yang diamalkan oleh BPA seperti berikut:
(i) melaksanakan Mesyuarat Pemantauan dan Penyelesaian Aduan Tertunggak secara berkala;
(ii) mengemaskini SOP pengurusan aduan awam;
(iii) melaksanakan Mesyuarat Naziran Aduan secara berkala;
(iv) pelaksanaan mystery shopping terhadap pengurusan aduan awam; dan
(v) penandaarasan dan kolaborasi strategik bersama organisasi lain yang telah terbukti berjaya melaksanakan pembaharuan serta penambahbaikan dalaman.
Walau bagaimanapun pelaksanaannya boleh dipinda tertakluk kepada kesesuaian atau keperluan jabatan/agensi.