
Bengkel Kajian Keperluan SISPAA 2.0 Bersama Pejabat SUK Negeri Perak/Pulau Pinang/Kedah/Perlis
14/03/2022 - 15/03/2022
Bengkel Kajian Keperluan SISPAA 2.0 anjuran Biro Pengaduan Awam
Bengkel kajian keperluan pengguna ini adalah sebahagian daripada proses Fasa Kajian Keperluan Pengguna, Analisa dan Rekabentuk SISPAA 2.0.
Tujuan bengkel ini adalah untuk mendapatkan maklumat keperluan pengguna SISPAA 2.0 yang melibatkan PBT dan PDT dari negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Peserta dalam bengkel ini terdiri daripada wakil-wakil yang telah dihantar oleh pihak PBT dan PDT. Dapatan dan informasi daripada bengkel ini telah digunakan untuk menyediakan dokumen BRS dan SRS SISPAA 2.0. Selain daripada itu, bengkel ini juga adalah medium untuk mendapatkan maklum balas berhubung penggunaan SISPAA 1.0 seperti kaedah pelaksanaan di peringkat PBT dan PDT.
Bengkel ini telah diadakan daripada 21hb Februari sehingga 6hb April 2022. BPA mengucapkan terima kasih dan perhargaan kepada PBT/PDT yang terlibat atas sumbangan idea serta input kepada kajian keperluan SISPAA 2.0.